Entry datang lagi. Kali ini ade special sket pasal tarikh lahirnya blog ni. Blog ni lahir masa hari lahir aku. Betul2 lepas balik dari celebrate birthday aku. Jangan la korang bayangkan yang aku buat sambutan tu kat disko atau kelab2 dangdut sekitar Kuala Lumpur. xde dalam bayangan aku pun sambutan hari lahir aku diadakan kat tempat2 sebegitu rupa.
Skang ni aku kat office malam. Nama office aku ni O Gateway (pasni aku sebut je OG okeh?). xde la dalam opis sangat pun, kat perkarangan ni je sebenarnya. Perkarangan opis ni namanya Soul Studio (pasni aku sebut SS je taw?).. Kat SS ni la perkumpulan jibraun dan malaun dari seantero kawasan Taman Seri Gombak ni (yang baya2 aku aje le).
Sebenarnya entry kali ni dah lama aku tulis, tapi baru nak abiskan arini. Sebabnya? Aku lupe la yang aku dah ade blog skang ni. Ape pun, aku nak cerita pasal 21 September 2010 yang lalu. My sayang yang tercinta sudah organize 1 suprise birthday party untuk aku di Nailie's Sentul. Malam tu dia ajak aku g dinner untuk mengalu-alukan kehadiran umur aku yang genap 20an (umur tetap rahsia sampai bila2). Kebetulan la pula, tema kami hampir sama.. Dia pakai sepersalinan hitam dengan tudung coklat. Aku plk dengan baru lepas balik opis, baju kemeja coklat dengan seluar hitam. So sweet (tanpa dirancang). Gambar ade kat Azrul, tunangannya si Jude.
Nak dijadikan cerita, aku pun pelik lah nape dia ajak g Nailie's Sentul tu padahal port lepak fav kami ialah Le Chateau de Puah, nun di Kampung Puah sana. Berbalik kepada cerita tadi, dia pun tiba di perkarangan Official Gateway (ni opis merangkap rumah kedua aku.. atau rumah merangkap opis kedua aku..) dengan Perodua Kembara yang baru lepas overhaul. Nengok dia comel je senyum2 masa masuk opis. Masa tu ade Mahathir Mulop dengan Jesfarina Janiad. Time aku nak keluar, sempat la aku mencelah tanya ngan Mahathir nak g dating mana malam ni, Mahathir dengan bersahaja jawab "Damansara".
Aku pun naik la Perodua Kembara yang baru lepas overhaul tu. Masa aku naik je, my sayang bagi hadiah. Minyak wangi! Dia kata aku akan kelihatan seksi dan menggiurkan kalau aku pakai minyak wangi ni (dah tentu la ni aku yang cakap, dia takkan cakap camni punya). Suke aku dapat hadiah tu macam budak kecik dapat gula2.
Kami meneruskan perjalanan ke Nailie's Sentul. Sampai Sentul, dia request nak g Maybank. Memandangkan aku pernah bertugas di sekitar Sentul, aku tunjuk le Maybank kat Wisma Boulevard (camni kot ejanya). Tetiba aku nampak KFC. Rasa macam sedap la plk KFC ni. Aku pun bersuara:
ZA (Zainal Azmir)
MS (My Sayang)
ZA: Yang, KFC tu nampak sedap aje. Singgah KFC dah le, dekat ngan bank.
MS: Haish, org dah semangat nak g Nailie's ni. Ade ke birthday celebration kat KFC.
ZA: Ala, dah lama x makan KFC. Tetiba bernafsu aje nak bedal KFC. Dapat dinner plate pun best ni.
MS: Awak jangan mengada2. Malam ni ikut i g Nailie's. Org dah tempah dah. (sambil berlalu keluar dari Perodua Kembara yang kami naiki ke mesin ATM Maybank Sentul)
Tetiba aku rasa aneh! Knp dia beria sangat nak g Nailie's? I smell something fishy. Aku try call Jude. Begini dialog kami:
ZA (Zainal Azmir)
JF (Jude Fiza)
ZA: Hello, Assalammualaikum. (dengan nada suara paling menggoda dan menggiurkan)
JF: Waalaikumsalam.
ZA: Aku ada kat office kau ni. Macam mana nak dapatkan teksi dari office kau ni (ni adalah soalan perangkap aku untuk memastikan yang Jude tahu ke tak aku kemana malam ni)
JF: Ala, ko amik je teksi kat depan bawah opis tu. Ape ngko buat kat opis aku memalam ni. Awek ko mana?
("Awek ko mana?" - Aku dah dapat agak dah! Kuch Kuch Hota Hai..)
ZA: Ala, aku ada kerja la malam ni. Nak gerak g Bangsar
JF: Kat bawah tu ade banyak teksi, ngko amik aje la
ZA: Terima kasih JF! Nanti jumpe kat Gombak
Dijadikan cerita, aku suh MS ikut jalan belakang nak ke Nailie's. Lalu la dekat LRT Sentul, cross Taman Dato' Senu. Wah, aku nampak kereta Wan Usop, Mahathir, dll kawan2 subahat yang selalu lepak. Aku sangat terperanjat, tapi aku kawal keterperanjatan aku tu sbb MS ade kat sebelah. Anyway, majlis tu sangat best dan meriah (aku takmo cerita semasa majlis tersebut sebab org yang ada masa tu je tahu betapa bestnye keadaan di waktu itu). Oh yeh! Happy Birthday to aku sendiri. Tengkasih buat semua especially MS yang aku sayang selalu!
Saturday, November 13, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Hari Ini Aku Mula Ber'blog'
Ni 1st entry peribadi dari aku. Aku terpengaruh dengan bujukan Diana dengan Jude untuk mula menulis blog. Aneh kan kenapa blog memula aku xde cerita ape2 pun pasal aku.. Lantaklah.. Yang aku nak ketengahkan adalah "racunnya" Diana dengan Jude untuk berblog ni.
Alang2 dah ada blog ni, aku harap aku akan kembali rajin menulis. Kali terakhir aku menulis masa ada friendster dlu. Aku ade la tulis entry sikit2, tapi x cukup gempak. Jadi buat pengetahuan sume, aku menulis ape2 je pasni. Dari hujung rambut, hingga hujung kaki.. dari utara sampai selatan, dari timur sampai barat. Harap ade la sesuatu yang dapat dikongsikan dan dijadikan iktibar.
Oke, aku nak menulis panjang lagi, tapi laki dak Diana ngan Jude ni dah ajak g Nisma.. Aku pun tataw la ape sedapnya Nisma tu. Nak kata kari dia best, xde la best sangat. Nak kata roti canai dia lembut, xde la lembut mana pun.. Air dia sedap? Sama je lah ngan tempat2 lain.. Teh Cap Masjid ngan susu F&N gak.
Kepada yang follow entry aku ni, aku ucapkan tahniah lah.. Especially Diana ngan Jude yang confirm kne paksa untuk subscribe. Sebelum dorang subscribe, aku dah tulis nama dorang kat sini. "Diana, Jude, kalau ko x follow aku punya blog ni, aku drop account ni xmo menulis lagi taw!".
p/s: kepada X Hillcrest 84 ngan GVRjuna, ade sesape ade blog x? Kalau x suka membaca, apa kata cuba menulis plk, ye x?

Subscribe to:
Comments (Atom)